SEORANG pegawai wanita Kastam DiRaja Malaysia mendakwa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar rajin melobi Perdana Menteri dan menteri-menteri lain untuk mendapatkan publisiti bagi menaikkan imej organisasi PDRM.Sebenarnya inilah yang kita nampak saban hari di media arus perdana terutama dalam isu isu berkaitan dengan pembangkang dan perjuangan jihad di timur tengah .
Nampaknya kenyataan beliau seolah olah kurang bijak seperti menuduh pasukan polis sememangnya sinonim dengan rasuah, kuat melobi dan kaki pau ini amat tidak patut dikeluarkan kerana ianya boleh terkena batang hidung sendiri. Mana taknya siapa tak kenal dengan kastam dengan bahan rampasan penyeludupan dan lari cukai .Semua boleh settle dengan rasuah dari peringkat rendah sampai peringkat tertinggi .Bohong la kalau tak ade seekor pun yang mengambil terutamanya melibatkan jutaan ringgit .
Kenyataan wanita ini yang dikenali sebagai Tone Tone di facebooknya dikatakan dikeluarkan olehnya di laman sembang tertutup jabatannya namun telah di sebarkan oleh seseorang yang di sifatkan sebagai ‘duri dalam daging’,.
Bukan sahaja isu KPN melobi dekat PM untuk dapatkan publisiti. .Pihak kastam juga dapat layanan yang sama
Macam-macam berita Kastam ditulis seperti kejayaan tumpaskan sindiket dadah, rokok, arak waima GST. Antara baca dengan tak baca jer…
Jika terjadi isu memalukan seperti tangkapan pegawai-pegawai atasan jabatan serta aksi kurang bijak anggota kastam memukul media baru-baru ini, maka tiada bezanya dengan pihak polis .Ini termasuk isu pegawai polis dapat simpan harta berjuta ringgit dalam akaun dan hartanah sepanjang dalam perkhidmatan dengan gaji yang tak seberapa .
Inikan pegawai kastam yang yang biasa bergelumang dengan harta rampasan dan barangan lari cukai dari ribuan hingga jutaan ringgit ...tak kan tak seorang pun yang tak terlibat kot....pada kami 2 x 5 dedah pekung terkena geng penyangak jugak ( mana yang terlibat yer )
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI