lambakan barangan buatan " bawah pokok " ancam keselamatan pengguna




Lambakan barangan import seperti buah-buahan hingga perkakas elektrik didapati menguasai pasaran tempatan di negara ini khususnya di ibu kota selain di negeri bersempadan negara jiran iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Sarawak dan Sabah.

Bayangkan, pelbagai jenis pakaian, beg atau kasut dari negara pengeluar seperti China, Jepun atau Korea bertaburan dijual di pasar malam. Begitu juga barangan elektrik seperti kabel, pengecas dan seterika dari China atau Taiwan yang dijual lebih murah berbanding barangan buatan tempatan  yang ada.

Namun, pengguna sebenarnya tertipu. Di sebalik harga murah, barangan itu mungkin berisiko tinggi kerana ia barangan tiruan dan tidak mematuhi garis panduan keselamatan diiktiraf agensi berkenaan.

Lebih menyedihkan, banyak buah-buahan import seperti pisang, durian, tembikai, jambu batu, kelapa, mata kucing dan longan dari negara jiran yang sesetengahnya sudah diproses serta dibungkus kemas, turut menguasai pasaran.

Apakah negara kita sudah kekurangan buah-buahan atau pembekal tempatan tiada idea untuk memasarkan produk terutama dari aspek pembungkusan untuk menarik minat pembeli atau harga buah-buahan import lebih murah berbanding keluaran tempatan?



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI