pandu laju sebab isteri nak bersalin nyaris di tembak polis






GARA-GARA gagal menghentikan kenderaan kerana isteri ingin bersalin ketika dikejar pihak polis, sepasang suami isteri nyaris ditembak dalam kejadian awal pagi Selasa lalu di Iowa, Amerika Syarikat.

Pasangan Rachel Kohnen dan suaminya, Ben menaiki kenderaan yang dipecut laju kira-kira jam 2 pagi di Fort Dodge sambil menahan kesakitan untuk melahirkan anak keempatnya.

Ketika itu, sebuah kereta peronda menyedari kelajuan luar biasa pada awal pagi yang menimbulkan kecurigaan, lantas membunyikan siren mengarahkan mereka berhenti

Namun menurut Ben, isterinya mengarahkan untuk tidak berhenti kerana tidak mahu melahirkan anak di dalam kereta, menyebabkan polis menembak tayar kereta pasangan terbabit.

Sejurus mengetahui situasi kecemasan itu, pihak polis membawa wanita terbabit ke hospital dan bayinya dilahirkan kira-kira sejam selepas itu. Kedua-dua ibu dan anak kini dalam keadaan sihat.

Ketua Polis Manson, Chief Tom Ritts berkata, setakat ini tiada tindakan undang-undang diambil namun tidak menolak kemungkinan pasangan itu tetap akan disaman kerana kesalahan lalu lintas dilakukannya itu.

Nasib baik sungguh. Dah la panik isteri nak bersalin, nyaris pula nak ditembak pihak polis.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI