haramkan ‘Godus’ permainan video yang menyesatkan



Kini, para peminat permainan komputer boleh bermain sejenis permainan yang memungkinkan anda unutk menjadi tuhan secara maya.

Permainan yang dimaksudkan ialah ‘Godus’ yang dihasilkan oleh syarikat 22Cans dan ia direka oleh Peter Molyneux serta diterbitkan oleh Jemma Harris.

Pencipta Godus, Molyneux sebelum ini merupakan seorang kakitangan di Microsoft tetapi kemudiannya meninggalkannya dan mengasaskan 22Cans.

Dengan hanya 20 orang kakitangan, mereka melancarkan permainan pertama mereka Curiosity pada 6 November 2012 dan ketika itu juga memulakan proses penghasilan Godus.

Hasil tinjauan, didapati permainan Godus ini boleh didapati dalam platform telefon pintar melalui iOS, Linux, Android dan OS X.

Permainan Godus versi iOS dilancarkan pada 7 Ogos 2014.

Di Malaysia, pengaruh permainan kepada rakyatnya masih tidak diketahui tetapi ia merupakan perkembangan yang amat membimbangkan apabila ia membolehkan para pemainnya menjadi ‘tuhan’ dan mengatur cara hidup beberapa kumpulan manusia kecil di dalam permainan itu.

Ia bermula dengan pemain mengatur hidup dua orang manusia sebelum kemudiannya ia berkembang dengan jumlah manusia yang semakin ramai hasil percaturan pemain yang konon-kononnya menjadi tuhan.

Kepada anda, pantaulah telefon bimbit anak anda kerana mereka mungkin sudah mula memain permainan Godus ini.

Pihak-pihak yang cenderung menjejaskan akidah umat Islam pastinya sentiasa mencari kesempatan dan peluang untuk cuba memesongkan akidah umat Islam tidak banyak biarpun sedikit.

Bagi golongan muda atau kanak-kanak yang bermain pemainan berkenaan, berkemungkinan mereka akan menyangka peranan Tuhan iaitu Allah dalam Islam seakan-akan di dalam permainan berkenaan yang sama sekali tidak benar dan sesat.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI