membuang toolbar yang menggangu pada komputer



Kadang-kala, sering kali ketika memasang sesuatu perisian aplikasi, ia turut hadir dengan toolbar yang dipasang secara automatik.

Perkara ini mungkin tidak digemari ramai dan sering menganggu pengalaman pelayaran web anda.

Setiap toolbar yang terpasang ini boleh dibuang melalui Control Panel, tetapi mungkin bagi pengguna baru, mereka tidak menyukai akan kaedah ini.

Untuk memudahkan proses tersebut, salah satu perisian yang membantu adalah ADWCleaner.

ADWCleaner merupakan salah satu perisian percuma untuk Windows yang membolehkan pengguna untuk membuang toolbar, adware, dan pelbagai perisian yang tidak diingini dengan mudah.

ADWCleaner ini tidak dipasang pada komputer, dan beroperasi lebih kurang menyerupai portable-apps, dimana ia boleh dijalankan selepas ia dimuat-turun tanpa melalui proses pemasangan.

Sebaik sahaja menjalankannya, pengguna boleh memulakan proses pengimbasan, dan seterusnya membuang pelbagai toolbar dan perisian yang tidak diingini dengan klik pada “Clean”.

Apa pun, sebelum membuat proses “Clean”, sila pastikan apakah perisian yang akan terkesan dengan klik pada setiap tab dan melihat apakah yang akan dibuang.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun ADWCleaner hari ini dan memastikan komputer anda terus bebas daripada perisian yang tidak diingini ini.


ADWCleaner untuk Windows

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI