elakkan wang dari hangus...wang anda adalah tanggung jawap anda....maka berhati hatilah....!!!




Setiap kali  kita terbaca berita mengenai penipuan wang , mangsa hilang beribu atau berpuluh ribu ringgit yang lesap di tangan si penipu. Ada juga keadaan apabila ia satu skema terancang yang membabitkan sekumpulan penipu wang.

Pelbagai cara penipuan wang berlaku hari ini, daripada skim cepat kaya melalui Internet, teknik mendapatkan ‘username’ dan ‘password’ peribadi akaun kewangan melalui Internet, pertandingan gores dan menang yang menyeleweng, memenangi loteri yang tidak pernah disertai, mendapat durian runtuh daripada usahawan di Nigeria, tabung derma yang tidak wujud dan pelbagai taktik lain.

Lebih terasa apabila kes penipuan wang ini membabitkan kenalan atau ahli keluarga sendiri. Sering terjadi apabila kes "rakan perniagaan buat hal" yang melesapkan wang kita. Ketika hendak memulakan perniagaan, kita sama-sama berkobar-kobar. Tetapi apabila memberi kepercayaan kepada seseorang, lesap pula wang dan tidak pernah berangkat telefon apabila cuba dihubungi.

Semakin hari, semakin licik skim penipuan wang. Pada dasarnya, ia dilihat seperti sesuatu yang sah. Namun di sebaliknya, ia satu perancangan rapi untuk meleburkan wang yang kita kumpul bertungkus-lumus selama ini.

Perkara ini terjadi bukanlah pada mereka yang kurang ilmu saja malah sering menimpa golongan yang berpendidikan dan berpangkat tinggi. Kes penipuan wang sememangnya tidak kira mangsa. Asalkan mempunyai wang, sesiapa saja boleh menjadi sasaran pemangsa.


Mungkin perkara ini juga pernah terjadi pada diri kita sendiri, tidak kiralah sama ada ia mungkin sekadar berpuluh atau beratus ringgit. Apabila nilainya kecil, selalunya kita tutup sebelah mata. "Alah, biarlah RM20 saja...". Namun, bagi pemangsa yang menipu 1,000 orang, dia sudah mendapat habuan haram RM20,000!

Ada juga yang tertipu dengan nilai yang lebih besar mencecah ribuan atau berpuluh ribu ring­git namun tidak melakukan apa-apa tindakan dan hanya senyap. Mungkin kerana perasaan malu untuk ke depan. Takut nanti apa pula orang kata, "Itulah, nak cepat kaya sangat, dah lesap RM10,000!". Atau mungkin tidak tahu hendak meneruskan tindakan dengan cara yang betul. Atas sebab inilah, makin menjadi-jadi pula kes penipuan.

Sebagai pengguna, kita perlu berhati-hati dan mempunyai kesedaran perkara ini berlaku di sekeliling kita malah ia boleh berlaku pada diri kita sendiri pada bila-bila masa saja.

Apabila wang kita hangus, lebur dan lesap dek penipu wang, kita bukan saja kehilangan wang malah merugikan masa dan usaha kita dalam mendapatkan wang dan mengumpulnya selama ini.

Bukan itu saja, ia juga memberi tekanan dari segi mental yang pasti sungguh dahsyat tambahan lagi sekiranya jumlah wang itu besar, juga ada yang membabitkan masalah rumah tangga.

Berhati-hati sekiranya terdapat janji pula­ngan yang tidak masuk akal. Berhati-hati juga apabila mendapat tawaran daripada mereka yang anda tidak kenali dan sekiranya mereka memang anda kenali, pastikan anda sendiri melakukan penyelidikan secukupnya.

Di samping itu, berhati-hati juga apabila gerak hati dan suara hati anda sendiri terasa ragu-ragu untuk meneruskan sesuatu transaksi. Selalunya mereka yang tertipu mempunyai gerak hati dan dapat merasakan sesuatu yang tidak kena sebelum terkena. Wang anda adalah tang­gungjawab anda.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI