Kenderaan penjelajah bulan China rosak



KENDERAAN penjelajah China, Jade Rabbit mendarat di permukaan bulan pada 14 Disember tahun lalu.

BEIJING - Kenderaan penjelajah pertama milik Cina yang berada di permukaan bulan untuk misi saintifik selama tiga bulan dilapor mengalami kerosakan serius pada panel solar. Agensi berita Xinhua melaporkan, kenderaan tersebut yang dikenali sebagai Jade Rabbit mengalami masalah mekanikal dan para saintis negara itu sedang berusaha untuk membaikinya. Agensi Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri Negara China menyatakan, masalah tersebut berpunca daripada keadaan di bulan termasuk permukaan yang sukar dijangka.

Kenderaan berkuasa solar yang turut dikenali sebagai Yutu itu mendarat di bulan pada 14 Disember lalu. Seorang pakar syarikat aeroangkasa Kayser-Threde di Jerman, Lutz Richter berkata, beliau yakin kerosakan itu sangat serius dan China kemungkinan kehilangan kenderaan penjelajah tersebut. Syarikat itu kini menjalankan kerjasama dengan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) dan Agensi Angkasa Lepas Eropah.

 "Saya berpendapat China bakal kehilangan kenderaan penjelajah mereka ini. "Jika panel solar ini tidak dapat ditutup ia akan menyebabkan komponen elektrik yang sensitif pada suhu akan membeku pada waktu malam dan akan rosak,'' katanya. Suhu pada waktu siang di bulan boleh mencecah hingga 100° Celsius manakala pada waktu malam suhu boleh menurun sehingga negatif 180° Celsius.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI