windows 9...menu start dan aplikasi moden di desktop





Microsoft sebelum ini telah berkongsi mengenai beberapa kemaskini yang akan dibawakan oleh mereka pada versi baru Windows kelak.

Lanjutan daripadanya, kini beberapa gambar baru tertiris ke arena web daripada versi pembangunan Windows generasi baru, sekaligus memperlihatkan beberapa perkara yang akan dibawakan.

Melalui gambar baru yang tertiris ini, ia turut memperlihatkan sokongan menu Start baru yang pernah dipertontonkan pihak Windows.

Ia membawakan sokongan menu Start seperti pada Windows 7, dan turut mengintegrasikan sokongan Live Tiles pada bahagian tepinya. Perkara ini sekaligus akan membolehkan pengguna desktop turut menikmati sokongan Live Tiles yang dibawakan oleh aplikasi moden Windows 8.

Disamping itu, satu lagi paparan skrin tertiris, memperlihatkan sokongan menjalankan aplikasi moden di desktop.

Buat masa ini, pihak Microsoft telah sedia menawarkan sokongan untuk pin aplikasi moden di taskbar, dan pada kemaskini akan datang, mereka dijangka akan menawarkan sokongan menjalankan aplikasi moden pada tetingkapnya tersendiri di desktop

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI