selepas MH370 Dan MH17…kini MH70 pula buat hal...hai...macam macam bala menunggu syarikat penerbangan MAS...masih tak nak ambil ikhtibar ke..?




Satu pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH70 yang dalam perjalanan ke Tokyo terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur pagi ini disebabkan satu masalah keselamatan yang ditemui semasa dalam penerbangan.

Perkara itu diumumkan oleh juruterbang kira-kira 50 minit selepas perlepasan, kata seorang penumpang pesawat tersebut .

Pesawat itu yang menuju ke lapangan terbang Narita, Tokyo itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 10.50.

Selepas mendarat, penumpang diberitahu bahawa mereka akan berlepas ke Tokyo pada jam 1.15 petang dengan menggunakan pesawat lain.

 “Skrin radar (paparan laluan penerbangan di tempat duduk penumpang) menunjukkan pesawat itu membelok ke kiri, lama sebelum pengumuman tersebut.

“Saya pada mulanya keliru, tetapi ia semakin jelas apabila mereka membuat pengumuman,” kata penumpang tersebut, Victor Tan.

Laman web MAS menunjukkan bahawa penerbangan MH70 “dijadualkan semula” dan dijangka tiba di Tokyo pada jam 9.25 malam.

Laman menjejak pesawat Flightradar24 menunjukkan MH70 hanya membuat pusingan di kawasan perlepasan sebelum berpatah balik.



##




selagi arak dan perkara perkara maksiat terhadap Allah SWT tidak di hapuskan dalam penerbangan maka...lambat laun bala yang Allah SWT turunkan terhadap hambanya ingkar berlaku jua...itu pun masih tak nak ambil ikhtibar..?

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI