sukarnya mencari kawan setia




Bukan senang untuk mendapat kawan yang setia, Boleh berkawan waktu susah dan senang, Di waktu dukacita dan gembira, Di waktu kita buntu fikiran dialah yang memberi pandangan, Ketika tidak ada apa yang hendak dimakan, diberi bantuan, Boleh memberi pertolongan sebelum diminta kerana faham masalah kawan, Apatah lagi apabila diminta,

Waktu sakit diziarahi, Di waktu mendapat nikmat, dia melahirkan kegembiraan, Kesusahan kawan kesusahannya, Kesedihan kawan adalah kesedihannya, Keluarganya dijaga dan diambil berat tentang kehidupannya, Maruah kawan dan keluarganya amat dijaga, Ia merasakan maruah diri sendiri juga,

Apabila sudah agak lama tidak berjumpa sudah bertanya-tanya, Apa halnya, apa masalahnya, lama tidak berjumpa, Kebaikannya dicerita-cerita dan dipuji-puji di belakangnya, Keaibannya ditutup, kecacatannya tidak diumpat, Mengutamakan kawan dari dirinya, Selepas mati keluarganya tetap dihubungi,

Silaturrahim dengan keluarganya terus bersambung, Susah payah keluarga kawannya selepas mati tetap ditolong, Aduh,mana hendak dapat kawan di waktu ini, Macam kita gambarkan tadi, Penulis pun belum boleh setia dengan kawan, Aku memohon ampun kepada Tuhan, Kerana belum boleh  lagi setia dengan kawan kerana belum lagi ketemu kawan yang setia.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI