TV3 dah biasa buat kerja dajjal...pesanan Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini pun dia orang tergamak pedajjal
Kenyataan beliau yang memohon agar stesen televisyen dan rakan media supaya tidak lagi mengeluarkan gambar lamanya yang tidak berhijab nampak tidak di hiraukan oleh pihak stesen TV 3,malah pedajjal lagi permintaan beliau tersebut.
Katanya:
“Saya ada permintaan kepada stesen TV, kepada kawan-kawan di media. Kalau nak keluarkan gambar-gambar, tolonglah jangan keluarkan yang dulu yang tak berhijab. Kesian kat kita semua. Kami semua dah ‘move on’. Kita tak kata kita baik, tapi kita nak jadi baik. Kita nak dekat dengan Allah. Setiap hari kita mencari keredhaan Allah,”
Bagaimanapun, Isnin lalu, program Majalah 3 menerusi saluran TV3 telah menyiarkan sebuah laporan khas mengenai perjalanan hidup biduanita negara itu.
Laporan tersebut telah memaparkan temubual bersama insan-insan yang rapat dengan Allahyarhamah dan juga rakaman serta gambar lama beliau yang pada ketika itu masih belum berhijab.Ia sekaligus menimbulkan kemarahan orang ramai.
Sebagai sebuah stesen televisyen ternama, mereka sepatutnya lebih peka dengan perkara yang berkaitan dengan Allahyarhamah agar tidak menimbulkan kontroversi seperti ini.Namun macam biasalah bila dah biasa buat kerja kerja dajjal terutama dalam penyiaran kempen politik yang memburuk dan menfitnah pihak pembangkang sampai 'TERLAJAK LARIS" dengan tidak mengambil kira sebarang perbuatan itu halal atau haram termasuk menjaga sensitiviti permintaan arwah yang berkenaan .
Di akhirat nanti anda tanggung lah segala perbuatan keji yang anda lakukan .Tak kiralah alasan melakukan perbuatan keji ini demi menjaga periuk nasi terpaksa melakukan atas arahan pihak atasan atau sebaliknya .Anda ada otak dan iman fikir fikirkan lah .
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI