bukan setakat pakar rujuk umum...malah rujukan google lebih tepat dari doktor



MICHELLE bersama anaknya yang kini keguguran rambut selepas menjalani rawatan kemoterapi.

BIRMINGHAM - Seorang ibu berjaya mengesan simptom-simptom awal anaknya menghidap leukimia dengan melayari internet selepas tidak berpuas hati apabila diberitahu oleh seorang doktor kanak-kanak itu cuma mengalami jangkitan kuman di telinga, lapor akhbar Express kelmarin.

Ibu berkenaan, Michelle, 23, mula mengesyaki sesuatu tidak kena dengan anaknya, Alia-Grace Birch selepas kanak-kanak berusia empat tahun tersebut sering tertidur di pusat jagaan kanak-kanak beberapa bulan lalu.

Wanita itu kemudian membawa anaknya ke sebuah klinik berdekatan dan seorang doktor memberitahu Alia-Grace mengalami jangkitan kuman di dalam telinga sebelum memberikan ubat antibiotik.

Bagaimanapun, Michelle tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut.

Dia kemudiannya membuat kajian berhubung simptom anaknya itu seperti sakit telinga dan tekak di laman carian Google.

"Beberapa laman web kesihatan menyatakan bahawa simptom yang dialami oleh anaknya saya itu kemungkinan disebabkan oleh leukemia.

"Saya kemudiannya membawa anak saya ke sebuah hospital dan selepas menjalani beberapa ujian dia disahkan menghidap leukimia," katanya.

Menurutnya, anaknya itu kini di rawat di Hospital Kanak-Kanak Birmingham di mana dia diberi steroid, antibiotik dan mula menjalani rawatan kemoterapi

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI