keluhuran cinta ku



Dalam kepekatan malam,aku memandang langit yang penuh dihiasi bintang yang menyinar. Alangkah bagus jika hatiku disinari kerdipan bintang seperti dilangit. Lagu cinta 3 segi yang ku mainkan tanpa jemu membuatkan aku terfikirkan diriku.

Kini nasib ku seolah-olah seperti nasib pencipta lagu ini. Sejak kehadiran fn dalam hidupku seumpama mutiara yang sungguh menyinar. Tak ku ucap dengan kata-kata bahagianya aku disis fn. Satu nama yang cukup sebati dalam hidupku. Dialah satu-satunya cinta yang bertahta dihatiku.sesungguhnya hanya tuhan yang mengerti hati dan perasaan ku ini betapa sucinya cintaku padanya.

Saat aku menanggung kesedihan ia hadir memberikan kata semangat pada ku,memberikan sinar kebahagiaan pada ku. Mula disaat itu aku bertekat ia lah lelaki yang terbaik dalam hidupku. Dalam kepekatan malam aku berpeluk tubuh menahan kesejukan. Fikiran ku mula terkenangkan detik kebahagiaan bersama fn
……..syg sayang abg tak….ucapku sambil melentok kepalanya  dibahuku.
Syg la cayang,,syg  sayang sangat kat abang balasnya sambil memelukku erat.

Saat itu aku rasakan kebahagiaan tercipta untukku. Setiap apa yang kami lakukan adalah satu kenangan yang cukup membahagiakan. Kali pertama berjumpa aku keluar bersamanya walaupun penat berpuasa ia tetap melayan kerenahku.

Setiap satu kedai ke satu kedai aku masuki untuk mencari sepasang kasut tapi langsung tidak menarik minatku. Ku lihat ia disisiku mengikut saja kehendakku. Akhirnya ia memilih sepasang baju untukku. Mulanya aku menolak bila ia hendak membayar baju tu.tapi ia tetap bekeras dan terpaksa aku akur.

Sampai sekarang baju itu ku simpan dengan baik. Setiap pemberiannya ku jaga seperti ku jaga cintanya. Hampir setahun lebih percintaanku antara fn segala suka duka ku lalui bersama membuatkan aku lebih menyayangi dirinya. Walaupun jauh dimata namun hatiku tetap mencintai dirinya. Saban hari ku merindui dirinya ku tatap setiap gambarnya,cintaku padanya tak dapat ku nafikan lagi.

Entah mengapa aku terlalu mencintai dirinya. Namun apabila kebahagiaan baru menjadi milikku,muncul seorang lelaki menagih cinta darinya.

Saatku mengetahui berita itu ku rasakan nafas ku berhenti duniaku terasa gelap gelita. Oh tuhan apakah dugaan yang kau berikan pada ku rintih hatiku. Air mataku begitu murah mengalir deras. Hidupku seolah-olah kosong. Setelah sekian lama aku menyintaai fn kini bekas kekasih lamanya kembali menuntut cintanya kembali. fn ku lihat seolah berbelah bagi. Ku tahu ia masih menaruh perasaan pada bekas kekasih lamanya.

Aku cuba kumpul segala kekuatan menerima ketentuan ini. Sesungguhnya aku tidak kuat menerima keadaan ini. Apalah dayaku cinta yang jaga selama ini kini seolah-olah bukan milikku lagi.saban hari air mata ini lah pengubat hatiku. Oh tuhan kau tabahkan lah hati ku berikanlah aku sepenuh kekuatan pada ku menerina dugaan ini.

Doa yang ku panjatkan pada yang maha esa membuatkan aku sedikit tenang.akhirnya aku terpaksa menerima ketentutan takdir ini. Aku hanya menunggu setiap keputusan yang diucapkan oleh fn. Akan ku akur satiap keputusannya. Andai fn bukan milikku lagi akan ku bawa cinta ku yang suci ini jauh dari kehidupan yang ngeri ini.sesungguhnya cinta itu adakala menyakitkan dan adakala membahagiakan……..

Akhir akan ku akur setiap keputusan ini..biarlah cinta ku pada fn akan bersemadi dihati ku selamanya walaupun ia ditakdirkan bukan milikku…………………air mata inilah menjadi saksi keluhuran hatiku menerima hakikat ini.

Tiada dendam yang tersimpan dihatiku.demi cinta ku yang luhur dan suci aku panjatkan doa padanya semoga fn memiliki kebahagiaan tang abadi walaupun hatiku kini menanggung sakit yang tak daapt ku ucap dendan kata-kata.

Sesungguhnya cintaku akan terus kekal untuk fn kerna dialah satu-satunya perempuan  yang ku cintai walaupun ia bukan milikku lagi.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI