angkara penumpang mabuk bergaduh dalam pesawat jet pejuang terpaksa iringi pesawat penumpang berpatah balik
pesawat Boeing 737 milik syarikat Penerbangan Sunwing.
WASHINGTON - Pusat Arahan Pertahanan Udara Utara Amerika (NORAD) mengarahkan dua jet pejuang CF-18 ke luar ruang udara Quebec, Kanada bagi mengiringi sebuah pesawat syarikat Penerbangan Sunwing yang berpatah balik ke Toronto kelmarin.
Seorang jurucakap NORAD, Julie Roberge berkata, pesawat milik syarikat penerbangan dari Kanada itu yang dalam perjalanan dari Toronto ke Cuba terpaksa berpatah balik selepas terdapat gangguan daripada penumpang.
Pihak polis Kanada dalam satu kenyataan di Twitter memberitahu bahawa pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pearson menahan dua penumpang wanita selepas pesawat itu berpatah balik ke Toronto.
Laporan daripada media sosial mendakwa dua penumpang wanita tersebut yang berusia dalam lingkungan 20-an mabuk ketika berada di dalam pesawat dan bergaduh sesama mereka.
"Selepas pesawat itu mendarat dengan selamat dua jet pejuang milik tentera Kanada itu pulang semula ke pangkalan mereka," kata Roberge.
NORAD merupakan kerjasama tentera antara Amerika Syarikat dan Kanada bagi mengawal keselamatan kawasan maritim dan ruang udara di kedua-dua buah negara
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI