tandas untuk elakkan anjing buang najis bersepah
SEPANYOL – Penduduk di El Vendrell mempunyai cara tersendiri untuk mengelakkan najis anjing bersepah di jalan. Bagi tujuan itu, tandas awam disediakan untuk anjing terbabit.
Tandas itu berfungsi sama seperti tandas untuk manusia.
Anjing boleh membuang najisnya di dalam bekas berlubang, yang kemudiannya akan dipam apabila pemegangnya ditarik.
Tandas ini direka oleh Enric Girona bertujuan mempercepatkan proses pembersihan najis anjing yang bersepah.
Bagaimanapun ramai pemilik anjing berpendapat tandas awam ini tidak sesuai untuk anjing peliharaan mereka.
“Kerajaan sepatutnya menggunakan wang untuk membina pagar . Binatang bukannya mainan. Ia membuang najisnya dan kembali ke rumah,’’ katanya.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI