gara gara di larang bawa anjing masuk ke restoren






Shanghai – Seorang lelaki merempuh sebuah restoran dengan keretanya selepas isteri dan anjingnya dihalang masuk.

Kejadian berlaku semalam selepas seorang wanita bergaduh dengan beberapa pelayan restoran di Wuhan yang melarangnya membawa masuk anjingnya.

Ia menyebabkan suami wanita itu berang lalu merempuh restoran berkenaan dengan keretanya.

Seorang saksi memberitahu wartawan, wanita itu membawa anjingnya masuk sebelum terdengar bunyi pergaduhan di dalam restoran.

Sejurus selepas itu, wanita itu dilihat meluru keluar bersama-sama anjingnya sambil dikejar lima pelayan sambil mereka memukulnya.

Tidak lama selepas itu, si suami merempuh pintu kaca restoran berkenaan.

Pekerja restoran berkata, wanita itu berkeras untuk makan bersama-sama anjingnya di dalam restoran itu. Atas sebab kebersihan, mereka melarang dia berbuat demikian.

Saksi berkata, wanita itu yang memulakan pergaduhan dengan pelayan terbabit.

Isu itu mendapat perhatian di Internet dan mendapat pelbagai reaksi.

Seorang pengguna menulis: “Tidak kira buruk mana kelakuan wanita itu, dia masih seorang pelanggan dan lima pelayan menyerangnya memang boleh dianggap melampau.”

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI