perut berlubang selepas jahitan terbuka



LOS ANGELES - Seorang wanita mengalami pengalaman ngeri apabila jahitan pembedahan pada bahagian perutnya terbuka sehingga menyebabkan anggota badannya berlubang, lapor akhbar MailOnline semalam.

Ibu kepada empat orang anak itu, Clair Bartlett, 34, menjalani pembedahan membuang rahim pada 16 Julai lalu di sebuah hospital di sini sebelum doktor membuang benang jahitannya 10 hari kemudian.

Kata Bartlett, sejam selepas pulang ke rumah dia dapati bekas jahitan sepanjang 22 sentimeter itu berdarah sebelum ia tiba-tiba terbuka menyebabkan perutnya berlubang.

"Suami dan anak saya menjerit ketakutan apabila melihat perut saya berlubang serta terus menghubungi ambulans untuk bantuan.

"Suami saya terpaksa menutup lubang di perut saya dengan pita pelekat selepas ambulans tiba lewat," katanya.

Menurutnya, mereka kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap hospital berkenaan ekoran kejadian tersebut.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI