pengawal udara tertidur pesawat tertangguh pendaratan



gambar hiasan

BEIJING - Sebuah pesawat China terpaksa menangguhkan pendaratannya selepas dua pengawal trafik udara dikatakan tertidur semasa bertugas.

Pesawat Boeing 737 milik China Eastern Airlines itu bersedia untuk mendarat di lapangan terbang Wuhan, di tengah China, bagaimanapun juruterbang gagal mendapat sebarang maklum balas daripada menara kawalan trafik udara selama 12 minit.

"Berikutan pengawal udara trafik tertidur ketika bertugas, juruterbang pesawat itu terpaksa beberapa kali menghubungi menara berkenaan.

"Semasa dihubungi, tiada sebarang jawapan oleh menara kawalan," kata seorang pegawai penerbangan awam dalam satu kenyataan yang dipetik daripada majalah perniagaan Caijing.

Pesawat MU2528 dari Sanya, selatan China itu bagaimanapun berjaya mendarat dengan selamat, lapor portal berita Sina.com.

Laporan siasatan berasingan yang disebut oleh Caijing berkata, dua pengawal udara ketika itu telah tertidur.

Kejadian tersebut berlaku pada 8 Julai lalu, manakala kenyataan media dikeluarkan pada 29 Julai.

Kejadian itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan orang ramai dalam internet.

"Kerja-kerja pengawalan udara sememangnya memenatkan, namun ia tidak boleh dimaafkan kerana tertidur ketika bertugas.

"Beratus-ratus nyawa penumpang bergantung kepada tindakan menara kawalan penerbangan. Kami menyerahkan nyawa kami kepada anda," kata seorang pengguna laman sosial, Sina Weibo


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI