tak mampu tanggung kos rawatan...bapa dan anak di rantai kerana sakit mental




CHURAMAN meminum air manakala kainnya dirantai di rumah keluarganya di Indore.-

NEW DELHI - Seorang bapa dan anak lelakinya dirantai kerana mereka mengalami penyakit mental di dalam rumah mereka di Indore, Madhya Pradesh di sini selama 20 tahun, lapor akhbar MailOnline semalam.

Kedua-dua lelaki itu dirantai kerana keluarganya tidak mampu menampung rawatan mereka.

Bapa itu dirantai seorang lagi anaknya, Dinesh Kaurav, 35, yang menyatakan, dia terpaksa melakukan perbuatan tersebut kerana mereka membahayakan diri sendiri mereka dan orang lain sekiranya dibiarkan berkeliaran.

Katanya, bapanya, Churaman, 65, dan adiknya, Suresh, 21, disahkan mengalami sakit mental pada tahun 1994 dan sebagai anak sulung dia bertanggungjawab menjaga mereka.

"Saya terpaksa merantai mereka kerana boleh bertindak ganas dengan membahayakan diri dan orang lain.

"Namun, saya dan ibu saya sering menjaga mereka dengan memandikan serta memberi mereka makan pada setiap hari," katanya.

Ujarnya, dia tidak mampu menampung rawatan kedua-dua mereka kerana berpendapatan kecil selain perlu menampung keluarganya.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI