atasi masalah sawan dengan mentega...?




MAKANAN tinggi lemak seperti mentega, keju dan krim menjadi bahan utama dalam diet ketogenik

CHARLIE SMITH, 6, dari Surrey, England tidak sedarkan diri manakala tubuhnya menyentak-nyentak apabila diserang sawan. Jika diberikan ubat untuk mengawal penyakitnya itu pula, dia akan mengalami rasa mengantuk yang teruk.

Sawan atau epilepsi ialah penyakit saraf yang menyebabkan serangan sawan secara mendadak dan berulang-ulang tanpa diketahui puncanya.

Disebabkan itu, seorang pakar saraf menyarankan Charlie diberikan makanan tinggi lemak dan rendah karbohidrat seperti keju, krim dan mentega menerusi diet ketogenik.

Sejak mengamalkan diet itu kira-kira tiga minggu lalu, kejadian kejang otot yang sering dialaminya berhenti. Dia juga telah berhenti mengambil ubat-ubatan yang biasa diambil sebelum ini.

Diet ketogenik berfungsi untuk memaksa badan membakar lemak bagi menghasilkan tenaga iaitu berbeza daripada kebiasaan apabila badan membakar glukosa daripada karbohidrat. Walaupun tidak jelas bagaimana ia berfungsi, namun ia berjaya mengurangkan kejadian sawan.

Walaupun Charlie telah mencuba bermacam-macam makanan bagi mengatasi sawan teruk yang dialaminya itu, tetapi kesemuanya tidak berjaya sehinggalah dia disarankan mengikuti diet ketogenik.

Dia kini gemar memakan makanan berlemak tinggi seperti keju, krim dan mentega dalam kuantiti yang begitu banyak.

Ibunya, Debbie Smith, 47, berkata, sebaik sahaja dia dan suami mengambil keputusan untuk mencuba diet tersebut, penyakit sawan Charlie hilang begitu sahaja.

"Kami hanya berdoa agar keajaiban berlaku kerana kami sangat takut melihat hasil diet yang diamalkannya sebelum ini. Tetapi, akhirnya ia berjaya.

"Peristiwa diserang sawan merupakan perkara paling menyedihkan dan membimbangkan kami.

"Badannya berubah menjadi biru dan berhenti bernafas selama sehari sedangkan sebelum ini dia tiada apa-apa masalah kesihatan," ujarnya.

Debbie memberitahu, Charlie pertama kali diserang sawan ketika berumur dua tahun. Katanya, selepas itu kesihatan anaknya itu menjadi lebih teruk apabila diserang sawan sebanyak 300 kali sehari manakala ubat yang diberikan doktor langsung tidak berkesan.

Selama dua tahun, dia dan suami, Wayne Smith, 48, cuba mencari penyelesaian kepada masalah kesihatan Charlie di samping menjaga tiga orang lagi anak mereka iaitu Joe, 11, Jack, 12, dan Lauren, 14.

Tetapi segala-galanya berubah apabila pasangan itu menyertai pertubuhan amal Matthew's Friends, yang pakar dalam membantu keluarga dan kanak-kanak yang ingin memulakan diet ketogenik.

"Pertubuhan itu membuka mata kami untuk melihat keajaiban diet jenis ini. Mereka membantu kami untuk mengetahui jenis makanan yang boleh dimakan serta saiz hidangan yang diperlukan.

"Charlie pula sangat sukakan menu yang dicadangkan rejim diet itu," jelasnya

Menurut Wayne, dia bimbang diet itu akan memberi kesan jangka panjang jika Charlie terlalu bergantung kepada program diet itu bagi menghentikan penyakit sawannya. Jadi, Wayne bercadang untuk menghentikan diet itu secara perlahan-lahan.

"Charlie kembali hidup secara normal. Dia sudah tidak diserang sawan sejak mengamalkan diet itu. Ia satu keajaiban dan sudah tentu kami gembira," katanya.

Sebagai sebahagian daripada program dietnya, Charlie memakan mentega pada setiap hidangan dan sekurang-kurangnya 12 gram untuk sarapan pagi dalam bentuk telur dadar keju yang dibuat menggunakan mentega, minyak, cendawan, telur dan keju.

Makan tengah hari pula terdiri daripada makanan yang tinggi lemak termasuk keju dan roti pita mayonis dengan mentega serta buah-buahan.

Untuk makan malam, dia mengambil makanan berlemak tinggi termasuk mentega tambahan.

Ibunya perlu menyukat bahan makanan tinggi lemak dalam diet Charlie dan memastikan anaknya itu mengambil vitamin tambahan setiap hari.

"Pada mulanya kami mengambil sedikit masa untuk merancang dan menyediakan makanan Charlie tetapi kini, kami sudah mengetahui resipi makanan bermentega yang boleh dinikmatinya," katanya.

Pengasas Matthew's Friends, Emma Williams, 46, berkata, dia menubuhkan pertubuhan itu selepas penyakit sawan yang dialami oleh anaknya, Matthew, berkurangan secara mendadak sebaik sahaja memulakan diet tersebut.

"Sebelum memulakan diet, dia mengalami sawan yang agak teruk sehinggakan dia tidak mempunyai kualiti hidup.

"Dia kini seorang kanak-kanak yang berbeza. Dia benar-benar sudah bebas daripada sawan dan ubat-ubatan. Inilah sebab kami menubuhkan pertubuhan ini iaitu bagi membantu kanak-kanak dan keluarga yang menghidap penyakit sawan," jelasnya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI