bahaya rokok pada mata



PENYAKIT AMD menyebabkan berlaku penyusutan pada pusat retina mata.

PENYAKIT degenerasi makular berkaitan usia (AMD) atau dikenali sebagai buta berlaku disebabkan penurunan fungsi makula mata yang meningkat pada usia tua.

Namun selain usia, faktor yang turut mempengaruhi peningkatan risiko itu ialah tabiat merokok.

Satu kajian mendapati, perokok yang merokok dalam kuantiti yang banyak lebih berisiko untuk mengalami AMD berbanding orang yang tidak merokok.

AMD merupakan penyakit mata yang sering terjadi pada golongan berusia 50 tahun ke atas akibat kerosakan pada bahagian pusat retina.

Menurut pakar kesihatan mata daripada Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat (AS), Dr. Neil Bressler, kajian itu mengukuhkan lagi teori sebelum ini yang mendapati merokok merupakan salah satu faktor yang meningkatkan risiko AMD.

"AMD menyebabkan penyusutan pada pusat retina sedangkan bahagian tersebut bertanggungjawab untuk menangkap cahaya yang diperlukan bagi melakukan aktiviti seperti membaca, memandu, dan mengecam wajah," ujarnya.

Ketua penyelidik daripada Universiti Wisconsin, AS, Chelsea Myers berkata, merokok dapat merosakkan saluran darah yang memberikan nutrisi kepada retina sehingga menyebabkan AMD.

"Merokok juga menimbulkan akumulasi racun di dalam retina yang merosak fungsinya," jelasnya.

Kajian yang dimuatkan dalam Journal of Ophthalmology itu hasil analisis ke atas data yang diperoleh sejak tahun 1988 melibatkan 4,439 orang dewasa.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI