Anjing Tak Berakal Atau Manusia Yang Tak Berakal...Anjing Dipilih Jadi Datuk Bandar Di Bandar Minnesota
Penduduk di kawasan kejiranan di Cormorant, Minnesota, Amerika Syarikat telah sebulat suara memilih seekor anjing, Duke sebagai wakil penduduk ataupun mayor di kawasan mereka.
Menerusi undian yang dibuat, Duke berjaya mengalahkan pencabarnya yang lain kerana penduduk merasakan dengan kehadiran anjing tersebut, kawasan kejiranan mereka lebih selamat dan tenteram daripada gangguan yang tidak sepatutnya.
Selepas memenangi pertandingan tersebut, Duke telah ditatarias selama lima jam dan dibelikan baju baharu untuknya mula menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya.
Duke telah mengalahkan pesaingnya, Richard Sherbrook, yang memiliki pasaraya di kawasan tersebut dengan kemenangan besar berpihak kepadanya
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI