OKU lumpuh buat terjunan base



BISSONNETTE membuat terjunan base dari sebuah jambatan di West Virginia, AS baru-baru ini.

ONTARIO, Kanada - Seorang lelaki yang berkerusi roda akibat lumpuh masih meneruskan minatnya dalam sukan terjunan base dengan terjun dari bangunan tinggi, jambatan atau gunung, lapor akhbar The Huffington Post kelmarin.

Lelaki tersebut, Lonnie Bissonnette, 49, aktif dalam sukan terjunan base sejak 20 tahun lalu sebelum dia terlibat dalam satu kemalangan 10 tahun lalu yang menyebabkan dia lumpuh.

Kemalangan tersebut berlaku pada 19 Julai 2004 ketika Bissonnette membuat terjunan kali ke-1,100 dari sebuah jambatan di Twin Falls, Idaho, Amerika Syarikat.

Dalam kejadian tersebut payung terjun yang dipakainya gagal berfungsi dan melilit badannya menyebabkan dia jatuh ke dalam sungai.

"Pada hari pertama kemalangan saya memberitahu semua orang bahawa saya akan kembali semula ke jambatan dan membuat terjunan lagi," katanya.

Menurutnya, dia telah mengubah suai kerusi roda yang digunakan untuk membuat terjunan base supaya tidak bergerak dan tahan ketika membuat pendaratan


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI