datuk bandar pun ada hati nak jadi OKB...meniaga dengan kartel dadah akhirnya di tangkap
BANDAR RAYA MEXICO - Seorang datuk bandar di Mexico ditahan kerana membunuh, peras ugut dan didakwa turut terlibat dengan kegiatan kartel dadah, lapor MailOnline semalam.
Datuk bandar itu, Dalia Santana didakwa kerana mengarahkan sindiket dadah yang dikenali sebagai Knights Templar membunuh seorang rakannya.
Dia turut mencuri wang daripada pekerjanya, kata pihak berkuasa.
Santana yang merupakan Datuk Bandar Hueatmo adalah wakil kartel dadah Knights Templar yang mengawal banyak kawasan di negeri itu, menurut pendakwa raya.
Wanita berkenaan mengarahkan rakannya untuk bertemu dengannya di sebuah restoran Cina sebelum seorang lelaki bersenjata kemudian menembak mangsa sehingga mati.
Dalia merupakan kakitangan kerajaan yang kelima ditahan pada tahun ini di Michoacan.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI