buaya seberat 453 kilogram berjaya di tangkap



STOKES (kanan) bersama keluarganya bergambar dengan seekor buaya gergasi yang ditangkap mereka baru-baru ini.

MONTGOMERY - Sekumpulan pemburu berjaya menangkap seekor buaya gergasi seberat 453 kilogram (kg) dan haiwan berkenaan kemungkinan memecah rekod sebagai buaya paling besar yang pernah ditangkap di dunia.

Buaya sepanjang 4.5 meter itu ditangkap dan dibunuh seorang pemburu, Mandy Stokes yang dibantu lima ahli keluarganya pada minggu lalu di sebuah kawasan paya berhampiran Thomaston, Alabama.

Stokes berkata, buaya berkenaan terlalu berat sehingga menyebabkan sebuah kren yang digunakan untuk mengangkat haiwan itu rosak.

"Kami terpaksa menggunakan sebuah jentolak untuk membawa bangkai reptilia ini ke tempat penimbang.

"Kami sungguh beremosi dan sangat gembira selepas mendapati buaya ini mungkin yang terbesar pernah ditangkap dunia," katanya.

Pada Jun lalu, Kelab Safari Antarabangsa mengisytiharkan seekor buaya sepanjang 4.2 meter dan seberat 499 kg yang ditangkap di Texas pada 2007 sebagai buaya paling besar yang pernah ditangkap di dunia.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI