Tahniah...Datuk Lee Chong Wei lakar gelaran kelima di Terbuka Hong Kong
5:45 PG
badminton
,
berita
,
hong kong
,
juara
,
lee chong wei
,
luar negara
,
sukan
,
tahniah
,
terbuka hong kong
Edit
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei muncul juara Siri Super Terbuka Hong Kong apabila mengalahkan, wakil China, Tian Houwei dalam perlawanan akhir, kelmarin
Chong Wei mencatat kemenangan straight set 21-15, 21-16, dalam 49 minit di Hong Kong Coliseum untuk merangkul kejuaraan kali kelima tahun ini.
Sebelum ini, dia muncul juara Grand Prix (GP) Emas Terbuka Amerika Syarikat, GP Terbuka Kanada, Terbuka Perancis dan Siri Super Perdana Terbuka China.
Kemenangannya itu menebus kekecewaan pada 2013 apabila ketika itu dia tumpas kepada Houwei dalam aksi separuh akhir Terbuka Australia.
Chong Wei yang menduduki ranking keenam dunia sebelum ini pernah muncul juara di Terbuka Hong Kong pada 2009, 2010 dan 2013.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI