jangan gunakan perisian yang telah tamat tempoh.



contoh perisian tamat tempoh


Perisian tamat tempoh mempunyai banyak risiko yang berbahaya kepada pengguna. Lazimnya, sebahagian pengguna tidak mengendahkan bila tarikh tamat tempoh perisian yang digunakan oleh mereka. Ini mengundang pelbagai risiko kepada mereka tanpa disedari.

Risiko utama adalah mereka akan kehilangan khidmat sokongan terhadap produk perisian yang digunakan. Khidmat sokongan membolehkan pengguna mendapatkan 'patches' keselamatan yang terkini daripada pengeluar produk. Ini akan mendedahkan pengguna kepada ancaman 'malware' yang sudah tentu akan menyebabkan satu tugasan yang sukar untuk dibaikpulih.

Disamping itu, penggunaan perisian yang tamat tempoh juga biasanya akan mempunyai kelemahan yang tidak diketahui oleh pengguna dan boleh menyebabkan gangguan kepada operasi perisian yang digunakan. Gangguan kepada operasi perisian bermakna perisian tersebut tidak berfungsi sepenuhnya dan hanya membebankan sistem komputer anda.

Perisian yang tamat tempoh tidak akan dapat digunakan selama-selamanya. Dengan perkembangan teknologi perisian yang amat pantas, perisian yang anda gunakan mungkin sudah ketinggalan dan tidak lagi sesuai dengan peralatan atau perkakasan komputer yang baru.

Pastikan anda bebas dari perisian yang didapati telah tamat tempoh.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI