Akibat Terlupa...Seorang Lelaki Habiskan Masa 2 Minggu Cari Kereta



Gara-gara terlupa, seorang lelaki terpaksa menghabiskan masa selama dua minggu untuk mencari keretanya . Dia terlupa di mana dia meletakkan kenderaan itu ketika keluar bersama rakan-rakannya.

James Boyett, 31, akhirnya bersatu semula dengan kenderaannya yang diletakkan di Tempat Letak Kereta 2 di pusat beli belah Castle Mall di Norwich.

Dia meletakkan kenderaannya di situ pada pukul 9 malam pada 30 Oktober lalu sebelum keluar berparti bersama rakan-rakannya dan bermalam di rumah rakannya.

Keesokannya James mengambil teksi untuk ke pusat beli balah itu tetapi gagal menemuinya.

Bapa kepada dua anak itu mengakui dia terlupa di mana kenderaannya berada dan terpaksa balik ke rumahnya yang terletak kira-kira 90 batu dari kawasan berkenaan.

Meskipun kereta itu sudah ditemui, namun James kini berdepan dengan bayaran parkir yang tinggi kerana dua minggu kereta itu berada di tempat situ.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI