Sihat Sokmo ...Jalan Kaki Pakai Kasut 70 Kilo




SEORANG lelaki yang tinggal di sebuah perkampungan kecil Sichuan, China menarik perhatian ramai apabila berjalan kaki dengan memakai kasut seberat 70 kilogram setiap hari.

Menurut Huang Baoquan, 55 tahun, dia melakukan rutin senaman pelik tersebut lebih 30 tahun pada setiap pagi untuk kekal sihat.

“Setiap hari saya perlu bersenam dengan kasut ini sekurang-kurangnya satu jam sehingga berasa selesa. Jika tidak seluruh badan akan berasa lemah,” katanya

Kebiasaannya, Huang akan berjalan lebih 200 meter dengan memakai kasut seberat 70 kilogram itu sambil memegang pemberat setiap hari.

Difahamkan, kasut unik tersebut malah dibuat sendiri oleh Huang.

Setakat ini, dikatakan tiada siapa yang mampu untuk berjalan memakai kasut itu selain Huang, bahkan seorang lelaki dilaporkan patah kaki selepas cuba untuk berjalan dengan kasut tersebut.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI