terkejut beruk bila lelaki yang duduk di sebelahnya sebijik wajahnya




MENAKJUBKAN! Seorang lelaki dari Glasgow, Scotland ini terkejut selepas mendapati lelaki yang duduk di sebelahnya di dalam sebuah kapal terbang memiliki rupa paras yang langsung mirip dengannya.

Dua lelaki yang menaiki pesawat Ryanair dari Standted ke Galway itu sangat teruja dengan kejadian itu dan salah seorang daripada mereka, Neil Douglas, 32 tahun, tidak melepaskan peluang merakam gambar selfie bersama-sama sebagai bukti.

Gambar dua jejaka berjambang itu mula tersebar dan menjadi viral selepas seorang wanita yang bernama Lee Beattie kemudian memuat naiknya menerusi laman makro Twitter baru-baru ini.

Wanita itu menulis: “Lelaki yang duduk di kanan itu adalah suami kepada kawan saya manakala di sebelah kirinya adalah lelaki asing yang ditemuinya dalam kapal terbang semalam!”

Gambar mereka berdua selepas itu mula menjadi perhatian ramai dan rata-rata pengguna laman sosial berkenaan turut mengakui perkara tersebut.

Guy on right is the husband of my friend @elrottencrotch. Guy on left is a STRANGER he met on a flight last night! pic.twitter.com/kwBFOOEoMc

— Lee Beattie (@leebeattie) October 30, 2015

I can't stop looking at it. They are the same man.

— Lee Beattie (@leebeattie) October 30, 2015

Walau bagaimanapun, selepas gambar itu mula menular di laman itu, muncul pula lelaki yang ketiga yang mendakwa memiliki muka dan rupa paras yang sama seperti dua lelaki tersebut.

@Artminx @leebeattie @elrottencrotch @ben_cameron you're the 3rd person to say this! I don't see it! pic.twitter.com/ngcmWIYeKb

— Nathan Zombiehips (@ndmckeown) October 30, 2015

Memang menarik, agak-agaknya macam manalah perasaan apabila secara kebetulan berjumpa dengan individu yang memiliki rupa paras 100 peratus seiras dengan diri kita.

Seperti yang dikatakan ramai orang, sekurang-kurangnya ada tujuh individu yang akan mempunyai wajah yang sama dengan kita dalam dunia ini.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI