Petua Hilangkan Rasa Pedas Di Mulut
Kita selalu tersilap minum air masak banyak-banyak bila tergigit cili. Masa itu rasa pedas bukannya boleh terus hilang sebaliknya mulut semakin pedas dan terasa pijar. Ada tak korang mengalami benda yang sama seperti saya? Tapi sekarang saya sudah tahu cara untuk atasi rasa pedas di mulut.
Minum susu
Ketika kita merasa kepedasan sebaiknya segera meminum susu. Lemak yang terdapat dalam produk susu seperti yogurt mampu mengatasi rasa pedas di dalam mulut akibat makanan pedas.
Minuman yang masam
Minuman lain seperti jus lemon dan jus tomato juga baik untuk mengatasi kepedasan. Asam yang terkandung di dalam minuman tersebut boleh menghilangkan rasa pedas yang disebabkan capsaicinoid. (Capsaicinoids adalah bahan kimia yang menimbulkan haba cili. Ia ada dalam hampir setiap lada). Memakan limau nipis atau hirisan lemon juga boleh membantu.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI