salah seorang juruterbang Rusia yang pesawatnya di tembak jatuh terbunuh



Mayat seorang juruterbang pesawat Sukhoi-24 yang ditembak mati


MOSCOW – Salah seorang juruterbang pesawat tempur Rusia yang ditembak jatuh oleh tentera Turki kelmarin terbunuh akibat tembakan yang dilepaskan dari darat selepas dia berjaya keluar dari pesawat, kata tentera Rusia memetik maklumat awal.

Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu berkata, juruterbang kedua pula berjaya diselamatkan oleh tentera Syria yang menyokong Presiden Bashar al-Assad.

“Operasi menyelamat telah berakhir. Juruterbang kedua sedang dibawa ke pangkalan kami dalam keadaan baik,” kata Shoigu.

Sementara itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, juruterbang yang terbunuh akan dikurniakan anugerah tertinggi sebagai penghormatan.

Terdahulu jurucakap tentera Rusia, Jeneral Sergei Rudskoi memberitahu, seorang juruterbang yang terlibat ditembak selepas dia jatuh di kawasan kumpulan pemberontak Syria.

“Salah seorang juruterbang tercedera selepas mendarat menggunakan payung terjun, namun dia dibunuh oleh pemberontak di kawasan tersebut,” katanya.

Dalam kenyataan yang di­siarkan laman web Kementerian Pertahanan Rusia, askar mereka dibunuh apabila sebuah helikopter Mi-8 yang dinaiki dalam operasi mencari dan menyelamat pasangan juruterbang itu ditembak dan terpaksa mendarat cemas.

Menurut Rudskoi, helikopter itu ditembak oleh mortar yang dilancarkan dari wilayah di bawah kawalan pemberontak


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI