campur tangan besar besaran russia di syria mewajarkan ISIL hantar bom ke russia sebagaimana apa yang berlaku di peranchis



SEBUAH pesawat Sukhoi Su-24 mendarat di pangkalan udara Hmeymim selepas menyertai operasi ketenteraan di Latakia, Syria pada 7 November lalu.

BEIRUT – Jet pejuang Rusia melancarkan serangan udara besar-besaran di wilayah Latakia, utara Syria kelmarin, sehari selepas Turki menembak jatuh sebuah jet milik Moscow di lokasi berkenaan, kata sebuah badan pemantau.

Beberapa jet pejuang milik Rusia turut melancarkan serangan berhampiran sempadan Turki di wilayah Aleppo, membunuh sekurang-kurangnya tiga orang dan menyebabkan beberapa trak yang membawa bantuan dan barangan lain terbakar, jelas kumpulan aktivis tersebut.

“Beberapa jet pejuang Rusia telah melancarkan serangan besar-besaran sejak malam semalam (kelmarin) di Jabal Akrad dan Jabal Turkman di utara wilayah Latakia,” kata Ketua Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman.

Beliau berkata, jet-jet pejuang Rusia melakukan sekurang-kurangnya 12 serangan di kawasan tersebut sejak pagi hari yang sama tetapi belum ada maklumat tentang mangsa yang terbunuh.

Seorang aktivis media di tempat kejadian mengesahkan serangan tersebut yang dilaporkan tertumpu sekitar kawasan Jabal Nuba di mana kumpulan penentang rejim Presiden Bashar Al-Assad memusnahkan sebuah helikopter Rusia yang terpaksa membuat pendaratan cemas selepas terkena tembakan pemberontak pada Selasa lalu.

Seorang kru helikopter itu terbunuh, manakala selebihnya berjaya diselamatkan.

Stesen televisyen Syria serangan udara turut mengesahkan berhubung serangan udara Rusia tersebut.

Sejak beberapa hari lalu, tentera Syria bertempur sengit dengan kumpulan pemisah utara wilayah tersebut dan mulai mara ke kawasan Jabal Akrad dan Jabal Turkman.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI