mahluk seakan batu hidup



Jika dilihat sekali imbas, objek ini kelihatan seperti batu sebenar. Bagaimanapun, batu bergerak ini sebenarnya adalah hidupan laut digelar sebagai Pyura chilensis yang boleh ditemui di luar pantai berbatu di Chile dan Peru.

Batu tersebut juga mempunyai cengkerang dan mengandungi jisim organ diselaputi lapisan kulit dan otot.

Pyura ini digelar sebagai 'penapis makanan' kerana ia menyedut air laut dan memakan alga serta mikroorganisma di dalam air sebelum 'membuang semula' air yang telah ditapis ke laut.      

Makhluk unik ini juga mempunyai cara pembiakan yang unik dan ia hanya dilahirkan sebagai jantan.

Apabila ia mencapai tempoh matang, ia juga menghasilkan organ betina untuk pembiakan dengan cara melepaskan telur dan sperma secara serentak.

Percantuman telur dan sperma akan menghasilkan anak Pyura berbentuk seperti berudu yang kemudiannya akan hidup di kawasan berbatu sehingga mencapai tempoh matang

Tahukah Anda

Pyura juga dikenali sebagai Piure dalam bahasa Sepanyol.

Ia mengandungi vanadium sejenis unsur logam untuk menguatkan keluli pada paras tinggi iaitu kira-kira 10 juta kali ganda lebih tinggi daripada jumlah terdapat di sekitar air laut.

Batu bergerak ini juga menjadi menjadi hidangan yang telah dikomersialkan di kebanyakan restoran di Chile

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI