resepi gulai pucuk ubi spesial + bilis tamban




Bahan-Bahannya :-)

Kurang lebih 1 cekak pucuk ubi (kami petik kat kebun saja)
2 cawan bilis tamban
1 biji kelapa, diparut
3 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
8 biji bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*
3 biji cili merah*
1 inci kunyit hidup*(*dimesin halus)
Garam dan gula (jika perlu)

Cara membuatnya :-)

Asingkan pucuk ubi dari tangkainya. Cuci, toskan dan celur hingga separuh lembut. Toskan, cuci dengan air sejuk, perah dan potong kecil.

Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang 3 cawan air, ramas dan perah untuk santan cair.

Ikan bilis tamban dibuang sisik, belah dua dan buang tulang tengah, rendam 10 minit. Toskan.

Dalam periuk, masukkan pucuk ubi, asam gelugor, serai titik dan bahan2 kisar halus. Gaul dan tuang santan cair.

Masak hingga mendidih atas daput. Gunakan api sederhana.

Bila pucuk ubi lembut, tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula (jika perlu). Masak 1 - 2 minit lagi. Rasa dan jika ok, boleh matikan api.

Hidangkan bersama nasi hangat, ikan masin dan sambal belacan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI