polis dubai bertambah mewah



KERETA hibrid Porche 918 Spyder, kereta mewah terbaru milik polis Dubai dipamerkan di Pameran Kereta Antarabangsa, semalam.


Dubai: Polis di sini menambah kereta mewah yang dimilikinya dengan yang terbaru, kereta hibrid Porche 918 Spyder menyertai pasukan berkenaan.

Kereta mewah mesra alam itu dipamerkan di Pameran Kereta Antarabangsa Dubai, semalam.

Ketua Polis Dubai, Mejar Jeneral Khamis Mattar Al-Mazeina berkata, kenderaan peronda mewah yang biasanya digunakan untuk meronda kawasan tumpuan pelancong itu dilengkapi teknologi dan kamera terkini.

Kenderaan itu juga dihubungkan secara elektronik dengan pusat kawalan Polis Dubai.

Menurutnya, penambahan kenderaan keselamatan mewah dalam pasukan polis Dubai menarik tumpuan media dunia.

April lalu, ia menambah tiga Porsche Panamera SE-Hybrid.
Khamis berkata, penambahan kereta hibrid itu menggambarkan komitmen polis Dubai terhadap alam sekitar.

Ia juga memiliki kereta terlaju Buggati Veyron sejak awal tahun ini.

Kereta mewah lain yang dimiliki polis Dubai ialah Lamborghini Aventador, Ferrari FF, Chevrolet Camaro SS, Mercedes-Benz SLS AMG, Bentley Continental GT, edisi terhad Aston Martin One-77, Ford Mustang GT, BMW M6 Gran Coupé, a Brabus G63 AMG, Lykan HyperSport, Bugatti Veyron, Audi R8, Nissan GT-R, Mercedes-Benz SL63 AMG, McLaren MP4-12C, Hummer H3, Lexus GS dan beberapa yang lain

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI