Petua Masak Nasi Lemak Lebih Lembut Dan Sedap



Apakah rahsia nasi lemak lebih lembut dan sedap. Bila makan susah nak berhenti. Bila dah sejuk hingga ke malam pun masih terserlah kelembutannya..

Baiklah.

Saya kongsikan petua nasi lemak anda boleh lembut dan bertambah lazat dengan menggunakan cara yang saya kongsikan nanti.

Bila nak masak nasi lemak, sukatannya 2 pot beras biasa dicampur dengan 1 pot beras pulut. Kemudian rendamkan selama 1 jam. Barulah masukkan santan, daun pandan, dan sedikit garam. Kalau nak letak halia pun boleh. Kemudian masak dalam periuk elektrik sehingga nasi lemak sedap dan lembut telah tanak. Hasilnya pasti memuaskan.

Cara Tentukan Sukatan Air Untuk Masak Nasi Lemak

Ok, kalau kita guna beras biasa sukatan air hendaklah sama antara sukatan beras dan air, contohnya kalau 2 pot beras bersamaan dengan 2 pot air/santan. Tapi, kalau beras yang biasa kita guna perlukan air yang banyak, sukatlah seperti biasa macam kita tanak nasi.

Kalau orang tua-tua ajar dulu, bila kita letak beras dalam periuk dan tuangkan air, sukatan air itu biarlah satu inci dari permukaan beras. Boleh juga gunakan jari dan ukur hujung jari itu, bila air itu sampai dekat line pada jari yang pertama dari permukaan beras, itu dah kira betul la lah tu...

Bagaimana? Nak cuba ..silakan. Buat macam ni bagus untuk makan seisi rumah tapi kalau nak berniaga, kosnya agak mahal. Takut nanti nasi lemak mahal tak ada orang nak beli. ..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI