pelajar ini terkejut nenek yang selalu melambai di tingkap sejak 5 tahun yang lalu sudah tiada




Louise Edlen, 93 telah melakukan rutin hariannya dengan melambai sekumpulan pelajar yang menaiki bas untuk ke sekolah setiap pagi di rumahnya sejak 5 tahun lalu.

Itulah perkara yang ditunggu-tunggu oleh nenek ini setiap hari dan pelajar dalam bas sekolah pun turut sama membalas lambaian Edlen. Mereka memanggil Edlen dengan panggilan ‘nenek tingkap’.

Mereka Terkejut Setelah Diberitahu Nenek Yang Selalu Melambai Di Tingkap Sejak 5 Tahun Lalu Sudah Tiada…

Tetapi beberapa minggu lalu, pemandu bas sekolah tersebut Carol Mitzelfeld dan para penumpangnya perasan yang nenek tersebut tiada di tempat kebiasaannya.

Tetapi bukan sehari sahaja dia tiada malah sepanjang minggu.
“Sesuatu yang menyedihkan kerana dia selalu ada di tingkap untuk melambai.”kata Axtin Bandewerfhorst.

Rupa-rupanya nenek tersebut telah diserang stroke dan dimasukkan ke hospital. Jadi Mitzetfeld telah membeli bunga bagi pihak pelajar tersebut dan menghantarnya ke hospital. Keesokkan harinya ada papan tanda besar yang tertulis ‘ Thank you’ di tingkap tempat Edlen selalu duduk untuk melambai.

Bukan itu sahaja, para pelajar telah mengambil gambar mereka melambai dan memberi gambar tersebut kepada Edlen dengan ucapan ‘We miss you’. Semasa menghantar gambar tersebut ke hospital, Edlen dengan perlahan membalas ‘I miss them too’ dan ‘I’m trying to get better’.

Walaupun tidak pernah berjumpa secara rapat dan berbual tetapi kasih sayang antara mereka jelas kelihatan walaupun hanya melalui lambaian setiap pagi.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI