najib dan rosmah dapat cucu angkat ( anak panda ) punca tiada bonus 1/2 bulan gaji kakitangan awam seperti kebiasaan dalam bajet 2016 kot...?...bonus untuk bela anak panda...rakyat terkena lagi...kah kah kah

Anak Panda Dijangka Dapat Dilawat Dua Tiga Minggu Lagi



KUALA LUMPUR – Anak panda betina kepada pasangan panda gergasi dari China, Xing Xing dan Liang Liang dijangka dapat dilawat oleh orang ramai dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosli Ahmat Lana berkata pihak zoo sedang membuat persediaan termasuk menyesuaikan anak panda itu dengan keadaan yang bakal dilaluinya kelak apabila dilawat oleh orang ramai.

“Liang Liang (ibu panda) pada masa ini sudah mampu untuk melepaskan anaknya selama satu jam sehari di bilik pengasingan.

“Zoo Negara akan menambah tempoh masa pengasingan kepada minimum dua jam sehari, sebagai persediaan untuk tatapan umum,” katanya kepada Bernama.

Katanya lagi, anak panda tersebut kini genap berusia dua bulan dan berada dalam keadaan sihat dengan penambahan berat badan yang menghampiri 5 kilogram.

“Dia (anak panda) juga sudah boleh berlari dalam kandang. Berat pun bertambah menghampiri 5 kilogram, tompok di badan pun sudah penuh,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Rosli berkata Liang Liang dan Xing Xing juga berada dalam keadaan sihat serta sudah mampu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Anak panda betina itu dilahirkan pada 18 Ogos lepas di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) di zoo tersebut.

Ia akan dihantar pulang ke negara asal selepas dua tahun berada di sini, manakala ibu dan ayahnya akan terus menetap di sini selama 10 tahun mengikut perjanjian rasmi antara kerajaan Malaysia dan China.

Xing Xing dan Liang Liang yang dipinjamkan oleh Beijing, tiba di negara ini pada 21 Mei tahun lepas sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun antara Kuala Lumpur dan Beijing. – BERNAMA





##




habis duit rakyat lagi....dulu mak bapak panda  di perabih duit  belanya...kini dapat anak panda ....berapa banyak duit lagi di perabih oleh   bapak panda laki bini  untuk cucu angkatnya ini

angkara rosmah laki bini...pasangan panda Xing Xing dan Liang Liang kian selesa merompak duit rakyat di Malaysia




About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI