kaki pun kena curi...apa dia mau bikin dengan ini kaki arrr...!!!




Los Angeles: Pihak berkuasa di sini melancarkan siasatan berhubung kecurian satu kaki dari van milik sebuah pertubuhan derma organ dan tisu manusia.

Kaki itu dicuri awal Isnin lalu ketika kakitangan pertubuhan sukarela itu berhenti untuk makan di sebuah restoran.

Apabila kembali ke kenderaan, mereka mendapati peti khas yang mengandungi kaki itu hilang.

Polis berkata, pencuri kaki itu mungkin tidak tahu kandungan di dalam peti berkenaan.

Sehubungan itu pegawai sudah mendapatkan sampel DNA daripada penderma itu untuk proses pengecaman jika kaki itu ditemui.

Anggota keluarga penderma kaki itu juga dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Undang-Undang Amerika Syarikat tidak membenarkan maklumat mengenai penderma organ didedahkan

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI