hebatnya pembangkang di luar negara...di malaysia pembangkang kalau buat macam tu kerana protes terhadap pemimpin kerajaan yang enggan letak jawatan terpalit dengan skandal 1 mdb dan duit derma haram dalam akaun peribadi akta SOSMA menunggu...!!!



PIHAK pembangkang Kosovo melepaskan gas pemedih mata sebanyak dua kali di dewan Parlimen di Pristina kelmarin.

PRISTINA – Pihak pembangkang Kosovo melumpuhkan sidang Parlimen dengan melepaskan gas pemedih mata sebanyak dua kali kelmarin dalam usaha menggagalkan satu persetujuan dengan Serbia.

Dewan berkenaan di­penuhi asap, manakala Speaker Parlimen terpak­sa menangguhkan se­si pe­ngundian selepas se­orang wakil rakyat pem­bangkang membuka se­buah tin gas pemedih mata, kata wartawan agensi berita AFP di lokasi kejadian.

“Kami akan lakukan apa sahaja untuk menghalang kerja-kerja Parlimen,” ka­ta Naib Presiden Parti Penentuan Nasib Sendiri yang mengetuai pembangkang.

Beberapa jam kemudian, pihak pembangkang sekali lagi menghalang Parlimen bersidang selepas melepaskan lebih banyak gas pemedih mata di dewan perhimpunan.

Susulan insiden itu, seramai 100 anggota polis dibawa masuk untuk memisahkan wakil-wakil rakyat pembangkang daripada ahli parlimen kerajaan dalam suasana penuh tegang.

Tindakan sabotaj itu bagi menghalang dialog dan persetujuan tajaan Kesatuan Eropah dengan Serbia terutamanya berhubung penubuhan majlis perbandaran yang diuruskan penduduk Serb sekali gus memberikan lebih autonomi kepada minoriti Serb di Kosovo.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI