jaket paku elak dihimpit dalam pengangkutan awam




gambar hiasan

Singapura: Seorang pereka yang jemu dengan keadaan tolak-menolak ketika berada dalam kereta api bawah tanah mencipta aksesori yang pasti memudahkannya - tetapi menakutkan penumpang lain.

Siew Ming Cheng menghasilkan rekaan jaket bergelar Spike Away yang diperbuat daripada plastik dan dilengkapi dengan pepaku plastik yang tajam.
Cheng menghasilkan rekaan jaket itu ketika menghadiri bengkel rekaan di Universiti Nasional Singapura.

Bengkel Chindogu itu adalah acara yang mengumpulkan pereka bagi mencari ciptaan menangani masalah seharian. Ia dikendalikan pereka perabot futuristik Jerman, Werner Aisslinger.

Selepas sesi perbincangan peserta diberikan setengah hari untuk mencari bahan dan merealisasikan idea mereka.

Cheng memutuskan untuk mencipta jaket yang dilengkapi senjata sebagai penyelesaian paling berkesan untuk masalah itu.

Kesemua bahan untuk membuat jaketnya diperoleh dari kedai biasa.
Jajaran pepaku itu biasanya digunakan untuk mengelak burung dan kucing daripada merosakkan tanaman.

Rekaan tidak semestinya amat praktikal selagi dapat menyelesaikan masalah dan bagi Cheng, ia sesuai digunakan dalam pengangkutan awam yang sesak.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI