wanita terkejut resepi terkini mc donald's





SEORANG wanita mendakwa tergamam selepas mendapati makanan segera yang dibeli di restoran McDonald’s sudah berulat.

Anna Potterson dari Chruchtown, Dublin kemudiannya memuat naik gambar kentang goreng yang sudah berulat di laman Facebooknya bagi memberi amaran kepada pengguna lain tentang tahap kebersihan restoran itu.

“Salah satu kentang goreng yang saya beli kelihatan seperti terbakar di bahagian tengah namun apabila diperhatikan dengan betul, terdapat ulat di dalam kentang itu,” tulisnya.

Apa yang lebih mengecewakan, Anna menyatakan juruwang atau pelayan di restoran McDonald’s di Grafton Street itu memberitahunya perkara sedemikian adalah perkara biasa dan sering berlaku.

Akibat insiden yang memualkan itu, Anna memutuskan untuk tidak membeli makanan di restoran itu lagi serta menasihati orang ramai yang membaca amarannya berbuat perkara yang sama.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI