IS bunuh 70 puloh anggota puak sunnah yang bersubahat dengan tentera pro penjajah



BAGHDAD – Kumpulan pejuang  Islamic State (IS) melaksanakan hukuman mati terhadap 70 anggota puak Sunnah yang bersekutu dengan kerajaan di barat Iraq awal minggu ini, kata seorang ketua puak dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.

Kesemua mangsa yang merupakan anggota puak Albu Nimr dibunuh pada Ahad lalu di kawasan Tharthar, utara bandar raya Ramadi, kata ketua puak tersebut, Naim Gaoud.

“Mangsa yang dihukum mati merupakan bapa dan adik-beradik anggota polis, tentera dan pejuang puak kami yang menentang IS. Ke­semua mereka ditembak,” katanya.

Pasukan keselamatan Iraq yang dibantu serangan udara tentera pakatan Amerika Syarikat (AS), melancarkan satu operasi besar di barat Ramadi pada Ahad lalu bagi memberi tekanan terhadap IS.

Kumpulan pejuang IS  mengawal sebahagian besar jajahan Ramadi selepas merampas ibu negeri wilayah Anbar itu pada Mei lalu.

Pejabat Hak Asasi Manusia Misi PBB ke Iraq memaklumkan bahawa pihaknya telah mengesahkan pembunuhan beramai-ramai tersebut.

“Ini bukan serangan pertama terhadap puak Albu Nimr, berikutan mereka secara aktif menentang IS,” kata badan tersebut.

Dipercayai hampir 300 anggota puak tersebut dibunuh sejak setahun lalu ketika pasukan anti-IS masih bertahan di beberapa kawasan di Ramadi yang merupakan kubu utama puak Albu Nimr.

Puak itu sangat aktif dalam Majlis Kebangkitan, iaitu beberapa kumpulan pejuang puak Sunnah yang dibayar dan dibekalkan senjata api oleh AS sejak sedekad lalu untuk menentang kumpulan pemberontak sebelum IS wujud di Iraq

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI