setelah kebas duit 1 mdb berbilion...najib kata Malaysia berada di landasan tepat pacu pembangunan ekonomi ...boleh percayakah cakap seorang penipu...?
2:05 PG
#tangkap najib
,
agenda rakyat
,
najib kaki kelentong
,
najib perompak
,
politik
,
skandal 1 mdb
,
skandal najib
Edit
Malaysia bukan sebuah negara yang gagal seperti didakwa sesetengah pihak tetapi sebaliknya akan terus menentukan hala tujunya ke arah mencipta kejayaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau yang juga menteri kewangan berkata, Malaysia turut menerima maklum balas positif daripada agensi penarafan luar negara seperti Moody's, Fitch dan Standard and Poor.
Malah, katanya agensi berkenaan turut memuji pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan langkah rasionalisasi subsidi kerajaan sambil menyifatkan keputusan itu sebagai tepat pada masanya.
"Kami memilih untuk tidak mengambil pendekatan populis, tetapi membuat keputusan demi mengukuhkan asas-asas ekonomi dalam negara.
"Walaupun tidak diterima ramai, ia satu langkah yang positif untuk membina daya tahan negara.
"Dan terbukti, ia merupakan keputusan yang betul," katanya pada majlis sambutan ulang tahun ke-10 SME Bank di Kuala Lumpur malam ini.
Malaysia juga akan terus membuat pelarasan kepada strategi ekonominya memandangkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu, katanya.
"Salah satu daripadanya ialah dengan memastikan ekonomi kita berdaya tahan kerana jika ekonomi kita lemah dan kita tidak mempunyai asas yang kukuh, ekonomi kita akan terjejas dalam persekitaran yang tidak menentu."
Katanya, negara perlu bersedia untuk mengambil peluang dan berdepan cabaran ketika Malaysia terus menandatangani lebih banyak perjanjian perdagangan bebas, dengan memetik Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dimuktamadkan baru-baru ini sebagai salah satu daripadanya.
"Jika Parlimen meluluskannya, kita juga akan menjadi sebahagian daripada TPPA.
"Kita akan memperoleh peluang tetapi akan wujud juga cabaran," katanya.
Rundingan TPPA dimuktamadkan antara 12 negara dalam satu pakatan yang dicadangkan dan teks perjanjiannya akan diumumkan dalam tempoh kira-kira sebulan lagi, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Bagaimanapun, Parlimen akan membahaskan perjanjian itu dahulu sebelum Malaysia membuat keputusan untuk menandatanganinya
##
Kami rakyat biasa tak rasa kekayaan negara yang PM kata ini. Mungkin hanya orang macam PM, kawan2nya, penyokongnya dalam BN, UMNO dan 1MDB rasa dan nampak kekayaan itu. Kami rakyat biasa hanya tahu hidup makin susah. Sedihnya dan makin marah terhadap kos kehidupan yang tinggi.
kukuh asas ekonomi..?nak kukuh apenya...pelaburan asing pun tak masuk...modal dalam negara habis di bawa keluar secara haram melalui 1 mdb...pelaburan masuk angin keluar asap...kejap melabur di pulau cayman ,kejap melabur di monggolia lah...akhir duit masuk ke poket najib
yang jadi mangsa duit rakyat habis di tarah melalui pelbagai cukai ,GST ,KWAP ,KWSP ,Taung Haji dll...demi kelansungan merompak duit 1 mdb untuk kepentingan peribadi rosmah laki bini .
Sudahlah, banyak syarikat dah tutup macam JVC Masushita.. Shell Dan banyak lagi
TPPA lagi menambahkah penghambaan malaysia terhadap negara yahudi itu..dan akhirnya kita di jajah lagi..Anwar masih ejen yahudi kah lagi...?
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI