tragedi ini berlaku sekitar tahun 2013 di negara jiran singapura.....imbas kembali sebagai ingatan....padah jika ramai pendatang asing di negara ini....!!!











Ini kali pertama Singapura dilanda rusuhan selepas lebih 40 tahun... Kali terakhir adalah pada Mei 1969, berikutan tempias rusuhan kaum di Malaysia ketika itu.

Ahad malam tiba-tiba negara jiran kita itu dikejutkan dengan satu rusuhan besar di simpang Jalan Race Course dan Jalan Hempshire di kawasan yang dikenali ramai sebagai Little India.

Bagi siapa yang selalu ke Singapura, kawasan ini berdekatan dengan pusat beli belah 24 jam yang terkenal iaitu Mustapa Store.

Memang kalau hari minggu, Little India itu jadi port ribuan pekerja asing khususnya warga India dan Bangladesh melepak.

Jika ikut kenyataan polis Singapura, rusuhan tersebut bermula jam 9.23 malam.
Kejadian dikatakan berpunca dari satu kemalangan jalanraya di situ melibatkan sebuah bas melanggar seseorang.

Ia mengakibatkan beberapa orang mengamok memukul dan memecahkan cermin bas. Ia kemudian melarat.

Apa yang berlaku kemudian terbakar sana sini.Ambulan dan harta awam dibakar perusuh.Kereta polis pulak diterbalikkan.

Menurut laporan agensi berita , Polis Singapura mengeluarkan kenyataan ringkas jam 11.50 malam Ahad.

"Pegawai polis di tempat kejadian dan dapat mengawal keadaan. Orang ramai dinasihatkan untuk menjauhkan diri dari kawasan tersebut," jelas kenyataan tersebut.

Menurut saksi kejadian itu, Cik Iman Su , 31, yang berada di berdekatan Jalan Race Course, kekecohan bermula sekitar 9.45 malam, apabila orang ramai mula berkerumun di kawasan sekitar, menjerit dan membaling sesuatu.

"Keadaan itu kemudian bertukar kepada rusuhan, apabila kereta polis tiba, kereta polis tersebut diterbalikkan..." ujarnya.

Seorang lagi yang melihatnya Nasharuddin Kahn , 32 ,memberitahu beliau melangkah keluar dari kedai 24jam di kawasan tersebut sebelum melihat puluhan kereta polis berkejaran ke arah Little India.

"Apabila saya melihat apa yang berlaku, saya pergi rumah flat berhampiran dan dan diberitahu supaya berada di dalam kawasan tersebut jangan keluar."

Katanya, beliau melihat pekerja asing terlibat membaling objek kepada pihak polis.

Satu lagi media Singapura, The Straits Times melaporkan kejadian berpunca dari pekerja Bangladesh dilanggar bas.

Laporan itu menyebut empat buah kereta polis diterbalikkan oleh perusuh.



##


kerajaan BN ..dia peduli apa...janji masyuukkk....rakyat  mampos di kerjakan pendatang asing  kerajaan peduli apa...bila dah timbul rusuhan macam tu ...baru lah mereka sibuk nak bermain wayang ...bangau oh bangau...biasalah  kerajaan BN dengan bangau serupa saja...tiada yang mahu mengaku kesalahan masing masing....

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI