Awas ...taktik pura pura melakukan Kemalangan....nyaris jadi mangsa curi kereta



Akibat kemalangan yang kecil, seorang lelaki hampir menjadi mangsa jenayah selepas dua orang lelaki cuba mencuri keretanya.

Derick Chong diserang dua suspek lelaki pada 5 Disember lepas pada waktu tengah malam di Seri Petaling, Kuala Lumpur .

Ketika itu Derick dalam perjalanan ke Bukit Jalil.

Menurutnya, sebuah kereta telah melanggar bumper keretanya dari belakang.
Derick keluar dari keretanya kerana pemandu kereta di belakang mahu berbincang dan menawarkan bayaran menyelesaikan kemalangan itu.

“Ketika kami berbincang, lelaki itu mengeluarkan pisau dan parang. Saya terus melarikan diri kembali ke kereta dan lelaki itu memecahkan cermin tingkap kereta saya dan cuba mematikan enjinnya namun saya berjaya melarikan diri,” katanya.

Derick berkata terdapat dua lelaki di dalam kereta itu dan memandu sebuah Honda City berwarna perak keluaran tahun 2008 atau 2010 dengan nombor pendaftaran WUM 1979.

Jika anda terlibat dalam kemalangan dan pemandu atau penunggang lain yang turut terlibat dilihat seperti mencurigakan, jangan keluar dari kereta dan pandulah ke kawasan yang lebih ramai orang.

Lebih elok, pandu kereta anda ke balai polis dan selesaikan segala perkara berkaitan kemalangan itu di sana

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI