KEADAAN sebuah kubur yang digali penjenayah untuk mendapatkan barangan berharga di tanah perkuburan di Morsjaya, Miri kelmarin.
MIRI – Kegiatan mencuri barang berharga yang disimpan di dalam keranda di kawasan tanah perkuburan masih lagi berleluasa di Morsjaya di sini.
Kelmarin, sebuah kubur di tanah perkuburan Sidang Injil Borneo di sini digali oleh individu yang dipercayai mahu mencuri barangan berharga di dalam kerandanya.
Seorang penduduk, Martin Lisin, 58, berkata, kawasan itu sering menjadi sasaran kumpulan penjenayah yang menggali kubur sebelum mencuri barang berharga seperti rantai emas, jam tangan dan cincin yang disimpan di dalam keranda.
Katanya, kejadian itu disedari pada pukul 1 petang oleh pekerja kilang cat selepas mereka terhidu bau busuk dari arah tanah perkuburan itu.
“Penduduk yang memeriksa tanah perkuburan itu terkejut apabila menemui mayat reput berhampiran kubur berkenaan, selain beberapa barangan dan pakaian dalam keadaan berselerak.
“Lebih mengejutkan, tengkorak dipercayai milik si mati ditemui di dalam parit berdekatan dipercayai diseret oleh anjing liar,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI