yahooo...ringgit cecah 3.96 berbanding dolar AS..menteri kewangan yang terlalu bijak dengan menteri pembodek yang angun...tak pe negara belum bangkrap lagi....!!!





rase nak bagi pelempang ajer binatang dua ekor ini...macam budak tak sekolah...!!!


Ringgit ditutup 0.7% lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, mencecah paras 3.96 per dolar, bagi pertama kali sejak krisis kewangan Asia pada 17 tahun lepas.

Pada 5 petang, mata wang tempatan itu disebut pada 3.9600/9630 berbanding dolar AS daripada 3.9270/9300 semalam.

"Selain daripada tekanan kejatuhan harga minyak mentah dan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutan AS, ringgit juga menghadapi cabaran kejatuhan harga bon kerajaan dan penurunan nilai mata wang China, yuan, hari ini," katanya.

Ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama kecuali berbanding dolar Singapura.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.8302/8333 daripada 2.8305/8349 pada Isnin.

Ringgit susut berbanding yen kepada 3.1723/1752 daripada 3.1492/1523 semalam.

Ia rendah berbanding pound sterling kepada 6.1701/1759 daripada 6.0755/0809 semalam dan susut berbanding euro pada 4.3651/3700 daripada 4.3056/3100 sebelum ini.





##



selagi ada pm tolol dan 2 mangkuk tepin otak benggong ini...ekonomi negara menjadi semakin parah...

Nilai mata wang Ringgit semakin merosot.Tetapi, adalah tidak wajar jika ada pihak-pihak tertentu menyifatkannya sebagai sesuatu yang baik untuk ekonomi negara. Kita semua tahu bahawa, beberapa bulan yang lalu nilai mata wang Malayisa adalah RM3 bagi USD1.

Kini, nilainya semakin hari semakin menurun sehingga RM3.96 bagi USD1. Kenaikan lebih kurang RM0.90 atau  20% ini akan membawa banyak implikasi negatif kepada ekonomi negara. Keadaan ini adalah paling teruk sejak krisis kewangan Asia pada tahun 1997.

Antara punca-punca kepada kejatuhan yang mendadak ini adalah kerana kemasukan pelaburan asing yang semakin merosot, peningkatan hutang dari luar negara, kemerosotan harga minyak di peringkat global, kemerosotan harga komoditi mentah seperti getah dan kelapa sawit dan isu-isu atau krisis dalam negara yang kerap memberi imej negatif.

Kita  kurang setuju jika kerajaan berkeyakinan bahawa penurunan mata wang Ringgit Malaysia akan menawarkan suasana pelaburan yang kondusif dan memulihkan ekonomi negara.

Pada pandangan kita, sektor pelancongan mungkin ada sedikit sebanyak kesan positif tetapi sektor-sektor lain akan mengalami keruntuhan akibat kejatuhan mata wang negara. Negara kita tidak hanya bergantung kepada sumber pendapatan daripada sektor pelancongan.

Oleh yang demikian, kerajaan tidak seharusnya memberi itu sebagai satu alasan yang konkrit. Kejatuhan Ringgit Malaysia hanya menguntungkan pelancong-pelancong yang datang ke negara kita kerana harga barang-barang menjadi semakin murah berbanding mata wang negara mereka.

Tetapi, penurunan nilai mata wang negara akan merugikan pelancong-pelancong dari negara kita yang melawat negara-negara lain.

Kita tidak boleh nafikan ratusan ribu rakyat negara kita juga melawat negara-negara asing pada tiap-tiap tahun. Mereka terpaksa berbelanja lebih sekarang kerana nilai mata wang negara asing lebih tinggi berbanding dengan Ringgit Malaysia. Bukankah ini merugikan rakyat negara kita?

Selain daripada itu, kita juga harus sedar bahawa kejatuhan nilai Ringgit Malaysia akan menyebabkan import menjadi lebih mahal. Harga barang-barang yang dibeli dari negara-negara lain akan meningkat kerana mata wang kita mengalami kemerosotan nilai.

Oleh yang demikian, barang-barang yang dibeli dari negara lain terpaksa dijual dengan harga yang lebih tinggi di negara kita. Bukankah ini juga akan merugikan rakyat tempatan? Tambahan pula, kenaikan harga barang-barang yang diimport ini akan memberi kesan inflasi yang ketara.

Dalam keadaan ekonomi negara yang semakin merudum, penurunan nilai mata wang negara agak merisaukan seluruh rakyat jelata. Adalah sukar untuk kerajaan memulihkan ekonomi negara dalam jangka masa terdekat.

Pada pandangan kita semua,kita sudah tercicir daripada landasan mengejar status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Pada 17 Disember 2014, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Sanuri membuat kenyataan meminta orang ramai tidak panik berikutan kejatuhan nilai ringgit yang boleh menyebabkan krisis ekonomi dalam jangka masa panjang, memandangkan Putrajaya sedang bersedia dengan langkah menanganinya yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri.

Kerajaan Malaysia seolah-olah menyembunyikan sesuatu berhubung kejatuhan nilai ringgit, padahal perkara ini mendapat liputan meluas dalam kalangan media negara-negara jiran seperti Singapura dan Brunei.

Tetapi, para penganalisis pula menjangka Malaysia berkemungkinan menjadi negara Asia paling teruk terjejas ekoran kejatuhan berterusan harga minyak dunia. Industri minyak menyumbangkan sebanyak satu pertiga daripada hasil negara. Nilai mata wang negara akan terus mengalami kejatuhan sehingga harga minyak kembali stabil.

Apakah pengumuman yang bakal dibuat oleh Perdana Menteri mengenai hal penurunan nilai mata wang Ringgit? Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Bank Negara Malaysia dalam menangani krisis ini?

Rakyat masih menunggu untuk melihat sejauh manakah kerajaan yang ada hari ini berkaliber menangani situasi yang melarat ini

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI