taliban serang lagi talibarut amerika dan yahudi di kabul 50 0rang di khuatiri terkorban



ANGGOTA polis berkawal di pintu masuk Akademi Polis Kabul sehari selepas dua serangan maut menggegarkan ibu negara Afghanistan kelmarin


KABUL – Satu serang­an bom terbaharu menggegarkan bandar ini kelmarin menyebabkan angka kematian me­ningkat kepada sekurang-kurang 50 orang, manakala beratus-ratus yang lain cedera.

Peristiwa itu menjadi hari paling berdarah di ibu negara Afghanistan sejak berakhirnya misi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Di­sember tahun lalu.

Siri letupan yang memusnahkan bangunan dan menyebabkan hospital di­limpahi mangsa tercedera itu merupakan serangan ketenteraan pertama seumpamanya ke atas Kabul sejak pengumuman kematian pemimpin Taliban, Mullah Omar.

Dalam serangan pertama awal pagi kelmarin, sebuah trak sarat dengan bahan letupan memusnahkan pusat bandar Kabul menyebabkan 15 orang awam terbunuh dan 240 lagi cedera.

Kurang 24 jam kemudian, sekurang-kurangnya 20 orang kadet polis terbunuh selepas seorang pengebom berani mati yang memakai uniform polis meletupkan bom kereta di pintu masuk Akademi Polis Kabul.

Taliban menafikan penglibatan dalam sera­ng­an pertama itu yang berlaku berhampiran sebuah pangkalan tentera di te­ngah bandar ini tetapi mengaku bertanggungjawab ke atas serangan kedua.

Letupan dan kejadian berbalas tembakan turut berlaku malam kelmarin di Kem Integrity, sebuah pangkalan berhampiran lapangan terbang yang menempatkan pasukan khas Amerika Syarikat. Insiden itu menyebabkan seorang anggota NATO terbunuh.

Jet-jet pejuang turut kedengaran terbang sekitar pusat bandar Kabul tidak lama selepas siri letupan tersebut.

Kemusnahan terbaharu itu menonjolkan situasi keselamatan yang tidak menentu di Afghanistan di sebalik perjanjian damai dengan Taliban semakin goyah manakala tentera kerajaan berdepan musim panas pertama bertempur tanpa sokongan penuh daripada NATO

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI